"We ought not to be embarrassed of appreciating the truth and of obtaining it wherever it comes from, even if it comes from races distant and nations different from us. Nothing should be dearer to the seeker of truth than the truth itself, and there is no deterioration of the truth, nor belittling either of one who speaks it or conveys it."

- Abu Yusef Yaqoub ibn Ishaq Al-Kindi


When you smile, You do not smile alone, For the flowers in the fields are always smiling!


And when you sing, You do not sing alone, For the birds, and the river, and the rain, and the wind, also sing!

And when you laugh, You do not laugh alone, For are'nt the children always laughing?

But when you weep, With a weeping beyond tears; When the heart weeps, it weeps alone!

- Imran N. Hosein


Monday, December 22, 2008

BERPINDAH


Untuk makluman semua,

Aku telah BERPINDAH ke tempat baru...sila klik pada gambar kereta diatas untuk ke tempat tersebut....

Sekadar mencari kelainan dan mencuba sesuatu yang baru...teruskan sokongan anda..

Monday, December 15, 2008

Pada Disember ini : Bahagian 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum ini, Disember adalah antara bulan yang paling sibuk bagiku tahun ini. Ini memandangkan pada bulan ini banyak masa aku dihabiskan diluar kawasan. Dengan conference, bengkel dan sebagainya. Agak memenatkan namun menyeronokkan juga pada masa yang sama. Maklumlah kesempatan boleh diambil untuk "makan angin" serta melancong. Dan turut serta menyemarakkan aktiviti ini ialah anak2 akulah..siapa lagi, mengambil kesempatan juga diwaktu cuti2 sekolah nie.

Jadi memulakan perjalanan pada Disember ini ialah aktiviti di Penang. Lebih tepat lagi di Parkroyal Hotel, Batu Feringgi. Disini aku terlibat dengan penganjuran persidangan oleh pusat pengajian ku. "International conference" yang diberi nama ICED 2008 ( International Conference on Electronic Design). Sebagai rumusan satu penganjuran yang cukup berjaya dan penuh warna-warni. Dipenuhi dengan berbagai2 aktiviti seperti pameran, sesi tutorial dari pakar2 dalam kejuruteraan, "key-note speech dari orang2 kuat industri, majlis makan malam, perasmian oleh pihak MOSTI dan semestinya perbentangan dari pihak peserta persidangan.

Dalam persidangan kali ini, perananku adalah sebagai salah seorang AJK kepada pameran. secara ringkasnya terlibat dalam persiapan pameran oleh pihak industri dan memastikan majlis pameran berjalan lancar. Dan isteriku pula mengambil kesempatan dengan menyertai tutorial yang dijalan kan, sekurang2nya ada ilmu yang diperolehi.

Dan seperti biasa K.long & K. ngah harus menjaga adik2 semasa ketiadaan mommy & daddynya.



Inilah yang paling disukai kalau menginap di hotel..nak berendam je. Dan kami sengaja tidak memasang "bath-tub" dirumah semata2 bagi membiarkan mereka teruja setiap kali mengikut kami keluar kawasan.



kat bilik tiada lain aktiviti, mengadap cerita kartun. memang sepakat kalau bab2 kartun ni...

sebelah petang selepas aktiviti sempat juga bersantai di tepian pantai..bukan main happy lagi masing2

servis menunggang kuda juga disediakan disini...tapi tak teruja sangat diaorang sebab dah pernah menungang kekadang dekat kelab berdekatan rumah..


main2 dengan ombak...tapi tak berenang


Anaqi macam tak puas hati sebab dah nak kena balik...dia kalau bab2 air ni suka je..


pemandangan disekitar jalan Batu Feringgi..


merajuk lagi ini..


banyak2 makanan burger juga yang dicari..


persekitaran didalam salah satu restoran kat situ...sebelah nya masjid baru feringgi


Anaqi keletihan...puas bermain dah berjalan.

Dan aku juga menjadi photographer tak rasmi untuk program ICED...saja nak belajar2...tapi untuk 1st day je...hari berikutnya aku dah kembali semula ke Perlis kerana ada urusan yang harus diselesaikan..

Klik pada gambar dibawah untuk gambar2 sempena ICED 2008

Wednesday, December 10, 2008

Aidil Adha 1429 H

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kurban kepada semua muslimin & muslimat sekelian. Kepada semua yang mengadakan korban pada aidil adha kali ini semoga pengorbanan yang kita jalankan mendapat rahmat dari Allah SWT. Sesungguhnya ibadat korban adalah satu ibadat yang digalakkan didalam islam sempena memperingingati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Aku sepatutnya mengadakan kenduri aqiqah untuk anak bongsu ku Muhammad Anaqi Najhan namun terpaksa ditangguhkan disaat akhir kerana kesuntukan masa. Sememangnya bulan Disember adalah bulan yang agak sibuk bagi kami sekeluarga. Apa aktiviti kami di bulan Disember ini Insya-Allah akan ku ceritakan pada entri yang seterusnya. Berkenaan Aqiqah untuk Anaqi Insya-Allah akan tetap dijalan kan juga kemudian, mengikut perancangan selepas kami sekeluarga pulang dari menunaikan Umrah pada April 2009. Lepas ni buat kambing golek pulak..tukar menu sikit..haha..

Namun aku sempat menghadiri kenduri aqiqah & juga tahlil yang dianjurkan oleh rakan2. Semalam saja terdapat beberapa majlis kenduri serta korban yang dihadiri. Dan semalam juga surau kami di Fasa 1,Taman Tunku Sarina, bandar darulaman turut serta mennumbangkan 3 ekor lembu sebagai korban oleh ahli-ahli kariah. memang agak sibuk membahagikan masa antara majlis korban serta kenduri. Tapi yang penting pengorbanan masa untuk menghadiri majlis2 tersebut telah memberikan aku kepuasan.

Jadi disini aku sertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan pada majlis korban di taman perumahan ku.


Sesampai aje aku kat surau, lembu pertama telah pun disembelih


Lembu ketiga sedang menunggu giliran...cool aje aku tengok lembu ni, macam tak risau je...


mereka yang ingin berkorban memasang niat..



kehadiran boleh tahan gak..ramai yang menghadirkan diri..cuaca juga bagus, Alhamdulillah..


yang telah selamat disembelih, kini masanya untuk melapah


lembu kedua sedang "dipersiapkan"


kanak-kanak lah yang paling teruja menyaksikan upacara korban ini...bakal mewarisi ibadat yang mulia ini..


Krew2 tarik kaki lembu..tidak kurang penting


saat2 akhir sebelum disembelih...namun bagi menjaga sensitiviti pencinta2 haiwan..gambar proses penyembelihan sengaja tidak dimasukkan..


memproses perut lembu..


Dan proses akhir, daging dipotong kecil untuk diedarkan kepada yang hadir..

Sekian untuk kali ini, salam untuk semua..




Friday, November 14, 2008

sumbangan kecil buat masyarakat


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan dan pasti ada yang gembira dan tidak kurang juga yang bersedih diatas keputusan yang diperolrhi. Tahniah diucapkan kepada adik2 kita yang berjaya dengan cemerlang dan jangan berputus asa dan teruskan usaha kepada adik2 yang kurang bernasib baik. Perjalanan masih jauh.."walk on, walk on"

Tahniah kepada anak kepada pengasuh ankku Mohammad Anaqi Najhan..Aisyah kerana mendapat 5A. Semoga kejayaannya menjadi pendorong kepada anak2 ku juga.

Dan entry ini hanyalah sekadar pemberitahuan tentang buku terbaruku bersama rakan-rakan seperjuangan termasuk isteriku yang kini berada dipasaran. Sumbangan kecil kami kepada masyarakat khasnya masyarakat pelajar di menara gading.

Diterbitkan oleh universiti malaysia perlis (UniMAP) dengan ISBN no: 978-983-42371-9-6. Bersaiz kecil half A4 dan senang dibawa kemana saja, even boleh dimuatkan kedalam handbag wanita. Sememangnya itu saiz konsep yang ingin kami keluarkan. Kredit kepada penulis2 bersama termasuklah isteriku Noormaizatul Akmar Ishak diatas komitmen masing2. Semoga sumbangan kecil kita ini mendapat keredhaanNya.

Dan aku akan terus menulis sekiranya mempunyai masa dan pengetahuan yang cukup. Dan impianku agar dapat menulis buku ilmiah "scientific" sepenuhnya dan menjadi rujukan mereka2 yang berkaitan. Itu pun hanya akan tercapai sekiranya aku dapat mengapai impian sebagai seorang bergelar doktor falsafah serta mempunyai thesis penyelidikan yang bagus.

Dan klimaks nya mungkin sebuah buku saintifik berkaitan "imaging" yang kini menjadi kegemaranku. Dan moga dengan buku itu nanti dapat membongkar jejak2 warisan al-kindi dan Ibn al-Haytham yang kini dikagumi penguna2 Nikon, Canon, Pentax, Olympus dan sebagainya. Ssungguhnya semua itu adalah tinggalan kehebatan ilmuwan silam.

Al-kindi men demonstrasikan:

"light from the right side of the flame will pass through the aperture and end up on the left side of the screen, while light from the left side of the flame will pass through the aperture and end up on the right side of the screen."

Ibn al-Haytham membuka laluan kepada penghasilan "camera obscura" by successfully project ed an entire image from outdoors onto a screen indoors.

Hebat!..memang hebat...

seterusnya membuka laluan kepada Englishman Roger Bacon mengunakan teknik "camera obscura" untuk pemerhatian gerhana bulan pada kurun ke 13th. Dan akhirnya seorang frenchman menghasilkan photo pertama dunia.

Tidak menghairankan kerana manuskrip2 mereka kebanyakan nya dibawah simpanan perpustakaan2 di eropah termasuklah di England & France seperti Oxford & Paris University library.

Monday, October 6, 2008

warna - warna aidil fitri 2008


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pejam celik, pejam celik sudah tujuh hari kita berada di bulan syawal untuk tahun ini 1429 Hijrah. Ramadhan al-mubarak telah meninggalkan kita tanpa disedari. Kerinduan kepada ramadhan hanya akan terubat satu tahun dari sekarang. Semoga segala amal ibadat kita sepanjang ramadhan yang baru berlalu diterima olehNya Allah SWT. Sama-samalah kita berdoa agar dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang seterusnya.

Disini aku sekali lagi mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari (tangan bukan kaki ye!) memohon maaf kepada semua yang singgah dan membaca entri2 ke selama ini. Mungkin ada diantara penulisan ku yang menyingung mana2 pihak tanpa disedari. Terimakasih bebanyak juga kepada semua yang terus datang dan meninggalkan jejak atau tanpa jejak. Anda semua dihargai.

Jadi untuk entri kali aku rasakan tidak lengkap menceritakan suasana raya tanpa gambar2. Oleh itu terdapat lebih gambar2 kali ini dan dan biarlah photo2 pula yang berkata-kata. Apa yang dipaparkan adalah sebahagian dari apa yang kurasakan menarik untuk dikongsi. Dan untuk kali ini aku beraya dengan kamera baru - Olympus E520, DSLR kamera pertama aku. Kenapa Olympus E520 kerana ianya mempunyai badan dan lensa yang ringan, grip yg bagus, "Image stabilasation" yang hebat & banyak "features" jugak..sesuai bagi jurugambar jalanan seperti ku, sebelah tangan memegang kamera & sebelah lagi memegang tangan anak. Namun aku hanyalah "beginner" dan banyak yang harus dipelajari dalam bidang fotografi. Sesetengah gambar awal2 ini yang tak "perfect", "over-exposure" sana-sini.

Untuk makluman juga kali ini aku beraya pertama hingga ketiga di rumah mertuaku di Ulu Kinta, Perak. Ikut giliranlah, apa lagi..haha. Tapi dimana pun aku beraya kemeriahannya tetap ada.

Raya & Bunga Api

Tidak lengkap rasanya bulan puasa & syawal tanpa bermain mercun & bunga api, lebih2 lagi kanak2. Anak2 ku serta sepupunya2 turut merasai keriangan bermainnya kali ini. Dan bagiku ianya pasti mengamit zaman kanak2 ku dulu, bermain mercun pada waktu malam ketika orang lain bersolat terawih, naik semula ke masjid ketika solat witir hanya untuk mendapatkan "moreh" selepasnya...ish2..






Dan gambar dibawah mengambarkan realitinya, hanya atok yang boleh "stand still"..sedangkan cucu2 berkeliaran..


Takbir Hari Raya

Di pihak mertuaku bertakbir dari rumah ke rumah telah menjadi kelaziman manakala di kampungku kami hanya bertakbir di masjid selepas solat Isya..


Meziarah pusara mereka2 yang pergi

semestinya menjadi kezaliman setiap muslim pada pagi hari raya...membaca surah Yasin dan mendoakan kesejahteraan mereka disana. Untuk kali ini kami menziarah pusara arwah atuk kepada isteriku..


Raya Photoshoot

Huhu...untuk kali ini aku yang menjadi jurugambarnya..dan timing juga kurang sesuai, matahari agak meninggi waktu tu. Dan format photo juga terus buat JPEG dan bukan RAW jadi agak susah nak edit, so macam ada over-exposure sikit.

Dan menariknya keperitan untuk menangkap gambar potrait budak2 ini...5-6 kali shoot pun belum tentu ok..senget sana & sini..biasalah kanak2, mana boleh duduk diam..so yang dapat ni kira yang terbaiklah..haha!




Jenjalan rumah kawan2

Aktiviti wajib..biasanya diikuti dengan BBQ dan photoshoot jugak. Tapi tahun ini, tak ramai member2 aku & isteri yang balik..tahun depan kat Kedah, mesti buat kali ini..


Kanak - kanak

Hari raya sememangnya hari mereka. Jadi tindak-tanduk mereka memang bermacam ragam. Habis rumah atok, nenek, tok & tokwan diriuhkan.



Gambar atas adalah gambar anak aku di rumah member kami Rusna yang berkerja di Doha. "orang Nikon" tu...boleh ajar aku teknik2 fotografi..






Kenduri Kahwin

Untuk raya kali ini ada saudara berkahwin di Sg. Petani...hari raya keempat. Terlepas aku open house Ustaz Azizan kat Sri Mentaloon. Sempat shoot beberapa keping gambar kat sini





Dan inilah pengantinnya, sepupu kepada isteriku. Gambar tak boleh ambil banyak, nanti official cameraman jeles. Lagipun dia dah jeling2 kat aku, dia ingat aku paparazzi..keh2. Takpa nanti adik ipar aku kahwin aku tangkap gambaq yang mantap2...


Sekianlah corat-coret kali ini....

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429 Hjrah"

Thursday, September 25, 2008

berkongsi rezeki


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari raya aidil fitri. Alhamdulillah, ramadhan kali ini aku merasakan begitu baik bagi ku berbanding sebelumnya. Kehidupan serta amal ibadat di bulan yang mulia ini kerasakan lebih teratur dan tersusun jadualnya.

Sememangnya bulan ramadhan digalakkan untuk kita muslimin & muslimat untuk memperbanyakkan amalan sedekah jariah dan membantu golongan yang memerlukan. Namun apa yang ingin aku nyatakan hari ini bukanlah berkaitan amalan sedekah secara spesifik tetapi lebih kepada tabiat atau tindakan isteriku yang kurasa unik kepada dirinya dan aku juga begitu mengagumi sikapnya yang sebegitu.

Bukan untuk menceritakan semuanya tetapi antara lain yang sering berlaku ialah apabila beliau berbelanja, lebih2 lagi apabila melibatkan penjaja atau peniaga kecil-kecilan. Kadang2 aku dapati beliau akan membelanjakan sedikit wang bukankerana betul2 inginkan barang tersebut tetapi lebih kepada membantu penjaja2 tersebut. Disebabkan dia & aku juga bukan nya golongan berada jadi ianya tidak berlaku kepada barang2 yang mahal tetapi lebih kepada barangan biasa  lebih2 lagi makanan.

Dan pada bulan ramadhan ini juga seperti biasa apabila ke bazar ramadhan beliau akan melakukan seperti kebiasaannya, berkongsi rezeki bersama peniaga yang memerlukan. Dan pastinya setiap kali beliau kembali dari membeli makanan untuk berbuka pasti ada dua tiga menu berbeza. Dan setiap kali juga ada penerangan yang diberikan. Antara lain...

"Tadi chek dok perhati pakcik tu berniaga dalam 10 minit lebih xde orang datang membeli, kesian tengok dia, chek belila sikit..orang jual air tu pun sama juga..bayangkan kalau kita yang berniaga..takpa kita beli lebih sikit, makanan kita boleh share ngan jiran2"...tapi kerapkali juga bila beliau membuat demikian selepasnya pasti ada orang lain yang datang tak lama kemudian. Kira okaylah tu, jadi pembuka laluan kepada peniaga2 tersebut..Dan begitu barangan yang dijual oleh rakan2nya dipejabat, paling tidak satu dua terbeli juga, sebagai tanda sokongan katanya.

Selain itu beliau juga selalu menempah baju kurung biasa kegemarannya kepada orang2 persendirian serta surirumah dan bukan dari butik2 besar. Bukan dalam kuantiti yang banyak tetapi 4-5 pasang setaip tukang jahit. Niatnya sama untuk berkongsi rezeki dengan mereka. Dan akibat dari perbuatan tersebut untuk raya tahun ini beliau beraya dengan satu jumlah baju raya yang agak banyak..lebih dari 30 pasang..huhu! biar betul...mana taknya baju yang ditempah siap serentak walaupun waktu tempahan dulu berbeza. Logik juga kerana setiap tukang jahit mengambil masa yang berbeza untuk disiapkan..Itulah akibatnya kerana hendak berkongsi rezeki dengan seramai yang mungkin...hmm!, so kami apa lagi jeles la..hehe...lebih2 lagi si suami & anak2 belum start shopping baju raya lagi..

Walaupun bagaimana pun kami bersyukur juga kerana perbuatan kami yang ingin berkongsi rezeki ini tidak menyebabkan kami terasa bebanan atau kesempitan...Alhamdulillah. Secara keseluruhannya konsep berbelanja kami sama seperti kebanyakan orang juga ala kadar tetapi cuma sekadar memberikan lebih kesan kepada masyarakat, Islam khasnya..